1. Menyelenggara lesen perisian
1.1 Mendapatkan maklumat mengenai lesen perisian
- Tiap-tiap perisian mempunyai lesennya tersendiri
Contohnya : Perisian dari syarikat microsoft
- Terdapat juga perisian yang diberikan secara percuma
Contohnya : Linux dan star office
- Selalunya perisian yang mempunyai lesen akan lebih banyak di cetak rompak berbanding dengan perisian yang percuma kerana lesen perisian tersebut terlalu mahal
- Bagi perisian yang mempunyai lesen, untuk proses install perisian tersebut mestilah mempunyai lesen yang sah supaya tidak dikenakan tindakan undang-undang
- Selalunya terdapat 2 jenis lesen yang dikeluarkan :-
1. Open license
2. Single license
1. Open license
- Open license ialah satu license perisian yang mempunyai ramai pengguna. License jenis ini memudahkan bagi memantau penggunaan perisian tersebut. License ini selalunya digunakan di cawangan sesebuah syarikat.
2. Single license
- Single license mula adalah satu license yang terhad kepada seorang pengguna sahaja jika kita memerlukan 10 license untuk 10 orang pengguna maka perlulah mendapatkan 10 CD yang berlainan. Ini akan menyukarkan pemantauan penggunaan perisian tersebut. License jenis ini lebih ditujukan kepada pengguna persendirian atau individu.
1.2. Mendapatkan license perisian atau perisian naik taraf
- Tiap-tiap perisian mempunyai versi-versi yang telah ditetapkan oleh pengeluar perisian tersebut
- Untuk menaiktaraf perisian yang lama kepada versi yang baru maka perlulah mendapatkan license perisian tersebut yang terbaru
- License perisian yang lama tidak boleh digunakan kerana ianya terhad kepada versi yang lama sahaja
- Setiap license mestilah diperbaharui jika lesen yang sedia ada telah tamat tempoh. Ini bergantung kepada perjanjian yang ada diantara pengguna dengan pengeluar perisian. Ianya perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan
1.3. Meengenalpasti pencerobohan perisian
- Bagi mengurus sesuatu license perisian seseorang yang bertanggungjawab menjaga license tersebut haruslah peka mengenai lesen-lesen perisian dan juga perjanjian yang telah dipersetujui
Contohnya : Seorang juruteknik haruslah memberitahu atau melaporkan mengenai status license perisian tersebut apabila license tersebut hampir tamat tarikh penggunaanya
- Masalah-masalah lain yang berkaitan dengan perisian dan license juga harus dilaporkan. Ini perlu supaya perisian yang digunakan dapat terus berfungsi dengan sepenuhnya dan tidak mengganggu orang yang lain
1.4. Dokumen atau laporan license perisian
- Segala aktiviti yang dilakukan perlulah direkod bagi memudahkan kerja-kerja rujukan dimasa hadapan
- Setiap kali pemeriksaan license perisian dilakukan oleh juruteknik tersebut membuat laporan dan juga senarai semak bagi setiap kali pemeriksaan dan juga pembaharuan license perisian tersebut
- Untuk membuat kedua-kedua tugas tersebut juruteknik haruslah mengetahui mengenai prosedur setiap license perisian yang digunakan
No comments:
Post a Comment