Monday, September 23, 2013

HALAMAN 1

CETAK ROMPAK DAN AKIBATNYA

- Ramai yang menanggung kerugian akibat cetak rompak yang dilakukan secara berleluasa diantaranya :-

1. Pengguna
2. Pereka perisian
3. Penjual
4. Penyelia bantuan

5. Warranty

- Setiap pembelian yang dilakukan selalunya disertakan dengan warranty
- Untuk jangkamasa yang panjang ' warranty claim 'merujuk kepada proses dimana pembeli menggunakan hak yang terdapat di dalam warranty
- Beberapa dokumen perlu disertakan apabila membuat warranty claim. Dokumen-dokumen tersebut ialah :-

1. Bukti pembelian ( Resit )
2. Barang belian yang lengkap
3. Warranty form

- Warranty bergantung kepada keadaan barang.
- Jika barang telah dibuka dan diservis sendiri, maka pengguna tidak dapat membuat warranty claim. Ini termasuklah barangan yang telah rosak disebabkan oleh kecuaian pengguna sendiri.

6. Maksud warranty

- Warranty ialah jaminan yang diberikan oleh pengeluar
- Pengeluar atau syarikat berjanji untuk memperbaiki atau mengganti sesuatu keluaran dalam tempoh yang ditetapkan sekiranya ia rosak
- Jaminan yang dikeluarkan kepada pengguna adalah dalam bentuk pembelian barangan
- Warranty tidak dipatuhi apabila dibuat secara lisan kerana ia dianggap tidak sah dan sukar untuk dibuktikan
- Pengguna perlu memastikan penjual yang menandatangani jaminan tersebut mempuyai kuasa dan layak berbuat demikian supaya warranty itu sah dan pengguna berhak mendapat sebarang pampasan

7. Tujuan penggunaan warranty

- Supaya pengguna tidak ditipu apabila membeli sesuatu barangan
- Memudahkan pengguna menukar barangan yang dibeli apabila didapati rosak aatau tidak berfungsi
- Supaya barangan yang dijual adalah sah
- Supaya hak sebagai pengguna tidak diabaikan
- Supaya pelanggan memberi kepercayaan kepada pengeluar yang mengeluarkan barangan mereka

8. Sebab syarikat tidak mengeluarkan warranty yang sah

- Keengganan penjual untuk memberi warranty mungkin berpunca daripada beberapa sebab dibawah :-

1. Barangan atau keluaran kurang atau langsung tidak bermutu
2. Barangan tersebut adalah barangan curi
3. Barangan tersebut diseludup masuk dari negara-negara jiran
4. Barangan tersebut telah diperbaiki semula dan dijual sebagai barang yang baru

- Masalah mengenai warranty sering berlaku kerana pengguna gagal membaca dengan teliti serta memahami dengan jelas syarat-syarat warranty yang diberikan oleh perniaga atau pengeluar
- Pengguna tidak mengirim semula ' warranty card ' tersebut. Pengguna juga harus tahu dan memahami setiap warranty yang diberikan, malah mengambil tindakan yang perlu bagi memastikan warranty yang diperolehi boleh diguna pakai apabila diperlukan.
- Oleh itu, setiap pelanggan / pengguna perlu berhati-hati dan peka dengan setiap pembelian barangan dan produk bagi memastikan mereka tidak mudah ditipu atau tertipu

APAKAH KEPENTINGAN WARRANTY

1. Memudahkan pengguna menukar barangan yang rosak
2. Supaya pengguna tidak ditipu apabila membeli sesuatu barangan
3. Dapat memastikan barangan yang dijual itu asli atau tiruan
4. Boleh tahu kualiti barang yang dijual baik tau tidak baik
5. Mengelakkan pengguna dari ditipu oleh syarikat yang hanya mengaut keuntungan sahaja
6. Supaya hak pengguna tidak diabaikan
7. Memudahkan pengguna membuat urusan apabila berlaku kerosakan barang yang dibeli
8. Hak pengguna terjamin dengan adanya warranty
9. Pengguna dapat menuntut ganti rugi jika berlaku sebarang kerosakan dalam tempoh yang ditetapkan
10. Supaya barangan yang dijual dan dibeli oleh pengguna adalah sah 

No comments:

Post a Comment