Wednesday, September 25, 2013

MUAT TURUN PERISIAN

PERISIAN TERBAHAGI KEPADA 3 KATEGORI IAITU :

- Utiliti
- Aplikasi
- Media

Contoh perisian utiliti

1. Disk defragment

2. Ccleaner

3. Disk clean up

4. Backup

Contoh perisian aplikasi

1. Adobe dreamweaver cs3

2. Adobe photoshop

3. Adobe reader

Contoh perisian media

1. Gom player

2. Flash player

3. Media player classic





Monday, September 23, 2013

HALAMAN 2

MAINTAIN SOFTWARE LICENSE

1. Menyelenggara lesen perisian

1.1 Mendapatkan maklumat mengenai lesen perisian

- Tiap-tiap perisian mempunyai lesennya tersendiri

Contohnya : Perisian dari syarikat microsoft

- Terdapat juga perisian yang diberikan secara percuma

Contohnya : Linux dan star office

- Selalunya perisian yang mempunyai lesen akan lebih banyak di cetak rompak berbanding dengan perisian yang percuma kerana lesen perisian tersebut terlalu mahal
- Bagi perisian yang mempunyai lesen, untuk proses install perisian tersebut mestilah mempunyai lesen yang sah supaya tidak dikenakan tindakan undang-undang
- Selalunya terdapat 2 jenis lesen yang dikeluarkan :-

1. Open license
2. Single license

1. Open license

- Open license ialah satu license perisian yang mempunyai ramai pengguna. License jenis ini memudahkan bagi memantau penggunaan perisian tersebut. License ini selalunya digunakan di cawangan sesebuah syarikat.

2. Single license

- Single license mula adalah satu license yang terhad kepada seorang pengguna sahaja jika kita memerlukan 10 license untuk 10 orang pengguna maka perlulah mendapatkan 10 CD yang berlainan. Ini akan menyukarkan pemantauan  penggunaan perisian tersebut. License jenis ini lebih ditujukan kepada pengguna persendirian atau individu.

1.2. Mendapatkan license perisian atau perisian naik taraf

- Tiap-tiap perisian mempunyai versi-versi yang telah ditetapkan oleh pengeluar perisian tersebut
- Untuk menaiktaraf perisian yang lama kepada versi yang baru maka perlulah mendapatkan license perisian tersebut yang terbaru
- License perisian yang lama tidak boleh digunakan kerana ianya terhad kepada versi yang lama sahaja
- Setiap license mestilah diperbaharui jika lesen yang sedia ada telah tamat tempoh. Ini bergantung kepada perjanjian yang ada diantara pengguna dengan pengeluar perisian. Ianya perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan

1.3. Meengenalpasti pencerobohan perisian

- Bagi mengurus sesuatu license perisian seseorang yang bertanggungjawab menjaga license tersebut haruslah peka mengenai lesen-lesen perisian dan juga perjanjian yang telah dipersetujui

Contohnya : Seorang juruteknik haruslah memberitahu atau melaporkan mengenai status license perisian tersebut apabila license tersebut hampir tamat tarikh penggunaanya

- Masalah-masalah lain yang berkaitan dengan perisian dan license juga harus dilaporkan. Ini perlu supaya perisian yang digunakan dapat terus berfungsi dengan sepenuhnya dan tidak mengganggu orang yang lain

1.4. Dokumen atau laporan license perisian

- Segala aktiviti yang dilakukan perlulah direkod bagi memudahkan kerja-kerja rujukan dimasa hadapan
- Setiap kali pemeriksaan license perisian dilakukan oleh juruteknik tersebut membuat laporan dan juga senarai semak bagi setiap kali pemeriksaan dan juga pembaharuan license perisian tersebut


- Untuk membuat kedua-kedua tugas tersebut juruteknik haruslah mengetahui mengenai prosedur setiap license perisian yang digunakan

HALAMAN 1

CETAK ROMPAK DAN AKIBATNYA

- Ramai yang menanggung kerugian akibat cetak rompak yang dilakukan secara berleluasa diantaranya :-

1. Pengguna
2. Pereka perisian
3. Penjual
4. Penyelia bantuan

5. Warranty

- Setiap pembelian yang dilakukan selalunya disertakan dengan warranty
- Untuk jangkamasa yang panjang ' warranty claim 'merujuk kepada proses dimana pembeli menggunakan hak yang terdapat di dalam warranty
- Beberapa dokumen perlu disertakan apabila membuat warranty claim. Dokumen-dokumen tersebut ialah :-

1. Bukti pembelian ( Resit )
2. Barang belian yang lengkap
3. Warranty form

- Warranty bergantung kepada keadaan barang.
- Jika barang telah dibuka dan diservis sendiri, maka pengguna tidak dapat membuat warranty claim. Ini termasuklah barangan yang telah rosak disebabkan oleh kecuaian pengguna sendiri.

6. Maksud warranty

- Warranty ialah jaminan yang diberikan oleh pengeluar
- Pengeluar atau syarikat berjanji untuk memperbaiki atau mengganti sesuatu keluaran dalam tempoh yang ditetapkan sekiranya ia rosak
- Jaminan yang dikeluarkan kepada pengguna adalah dalam bentuk pembelian barangan
- Warranty tidak dipatuhi apabila dibuat secara lisan kerana ia dianggap tidak sah dan sukar untuk dibuktikan
- Pengguna perlu memastikan penjual yang menandatangani jaminan tersebut mempuyai kuasa dan layak berbuat demikian supaya warranty itu sah dan pengguna berhak mendapat sebarang pampasan

7. Tujuan penggunaan warranty

- Supaya pengguna tidak ditipu apabila membeli sesuatu barangan
- Memudahkan pengguna menukar barangan yang dibeli apabila didapati rosak aatau tidak berfungsi
- Supaya barangan yang dijual adalah sah
- Supaya hak sebagai pengguna tidak diabaikan
- Supaya pelanggan memberi kepercayaan kepada pengeluar yang mengeluarkan barangan mereka

8. Sebab syarikat tidak mengeluarkan warranty yang sah

- Keengganan penjual untuk memberi warranty mungkin berpunca daripada beberapa sebab dibawah :-

1. Barangan atau keluaran kurang atau langsung tidak bermutu
2. Barangan tersebut adalah barangan curi
3. Barangan tersebut diseludup masuk dari negara-negara jiran
4. Barangan tersebut telah diperbaiki semula dan dijual sebagai barang yang baru

- Masalah mengenai warranty sering berlaku kerana pengguna gagal membaca dengan teliti serta memahami dengan jelas syarat-syarat warranty yang diberikan oleh perniaga atau pengeluar
- Pengguna tidak mengirim semula ' warranty card ' tersebut. Pengguna juga harus tahu dan memahami setiap warranty yang diberikan, malah mengambil tindakan yang perlu bagi memastikan warranty yang diperolehi boleh diguna pakai apabila diperlukan.
- Oleh itu, setiap pelanggan / pengguna perlu berhati-hati dan peka dengan setiap pembelian barangan dan produk bagi memastikan mereka tidak mudah ditipu atau tertipu

APAKAH KEPENTINGAN WARRANTY

1. Memudahkan pengguna menukar barangan yang rosak
2. Supaya pengguna tidak ditipu apabila membeli sesuatu barangan
3. Dapat memastikan barangan yang dijual itu asli atau tiruan
4. Boleh tahu kualiti barang yang dijual baik tau tidak baik
5. Mengelakkan pengguna dari ditipu oleh syarikat yang hanya mengaut keuntungan sahaja
6. Supaya hak pengguna tidak diabaikan
7. Memudahkan pengguna membuat urusan apabila berlaku kerosakan barang yang dibeli
8. Hak pengguna terjamin dengan adanya warranty
9. Pengguna dapat menuntut ganti rugi jika berlaku sebarang kerosakan dalam tempoh yang ditetapkan
10. Supaya barangan yang dijual dan dibeli oleh pengguna adalah sah 

Sunday, September 22, 2013

PERMULAAN

LP02 ~ Software Management

PENGURUSAN PERISIAN

:: DARI SEGI

- Operasi Sistem
- Aplikasi - tak ada virus
- Utiliti - tak ada virus ( INTERNET BROWSER - MOZILLA - ADD ON )

JENIS-JENIS PERISIAN
  • Software - ( bagi dengan antivirus )
  • Public Domain - ( tak ada lesen, percuma, boleh diedit )
  • Freeware Software - ( percuma dan kadang-kadang mempunyai ' virus ' )
  • Shareware software - ( percuma tapi ada limit / had )
  • Commercial - ( property )                                                                                                          
1. Public Domain

- Tak ada lesen
- Percuma
- Boleh diedit

Contoh : 

Open source s/w
- Linux / Winzip
- Mozilla / Google chrome

2. Commercial software

- Mempunyai lesen dan berbayar
- Mempunyai hak milik

Contoh :

- Antivirus - ( kaspersky, avast )
- Adobe
- Microsoft

PENJAGAAN PERISIAN

- Selalu update software - sehari sekali ( auto update )
- Scan perisian yang akan diinstall - ( mingguan)
- Penggunaan perisian utiliti yang ada di dalam sistem dengan betul dan berkala - berjadual       ( harian / mingguan )
- Back-up - ( bulanan )

LP02 ~ Software Management

1. Maksud perisian komputer
2. Maintain software license
3. Jenis-jenis perisian
4. Kelebihan dan kekurangan jenis-jenis perisian
5. Warranty
6. Maksud warranty
7. Tujuan penggunaan warranty

1. Maksud perisian komputer

- Perisian komputer terdiri daripada program-program yang membolehkan komputer         melakukan sesuatu tugas.

2. Maintain software license

- Perjanjian yang dipersetujui diantara dua pihak.
- Merujuk kepada perjanjian antara pengguna dengan pengeluar yang telah membeli dan menjual perisian tersebut.
- Mengandungi terma-terma dan syarat bagaimana sesebuah perisian ini boleh digunakan.

3. Jenis-jenis perisian

- Public domain
- Freeware software
- Shareware software
- Commercial software

4. Kelebihan dan kekurangan jenis-jenis perisian

A. Public domain software

- Perisian jenis ini tidak mempunyai sebarang license.
- Sesiapa sahaja boleh menyalin ( copy ) atau memuat turun dan menyebarkan perisian komputer.
- Public domain software adalah sama dengan open source software.

B. Freeware software

- Perisian percuma selagi pengguna mengikut syarat atau arahan yang disertakan.
- Berkemungkinan mempunyai virus
- Syarat-syarat yang ditetapkan : -
  • Tidak boleh menukar perisian
  • tidak boleh menukar nama pereka perisian
  • Tidak boleh menukar nama syarikat
C. Shareware software

- Sama seperti perisian freeware
- Mempunyai jangkamasa / jangka hayat tertentu
- Biasanya versi percuma tidak sama dengan versi yang baru

D. Commercial software

- Merupakan jenis perisian berbayar
- Harga yang sangat mahal
- Kadang-kadang mempunyai kelemahan pada sistem operasi

Contoh : 

- Syarikat microsoft, apple, adobe

Kebaikan menggunakan perisian secara sah

Jika kita membeli perisian secara sah kelebihan yang kita akan dapat ialah :-

1. Perisian yang lengkap
2. Mempunyai gerenti ( jaminan ) dan asli
3. Mendapat bantuan teknikal daripada juruteknik perisian syarikat berkenaan
4. Menerima ' upgrade ' dan ' patches ' secara percuma atau dengan harga yang lebih murah
5. Dokumentasi yang lengkap
6. Perisian tanpa virus
7. Mengetahui  penggunaan adalah sah dan tidak perlu takut kepada risiko yang dikenakan

Jenis-jenis software license

Software license terdiri daripada beberapa jenis :-

1. Single user license atau limited license
2. Unlimited site license
3. Network license

Single user license

- License jenis ini boleh digunakan untuk satu komputer sahaja.

Unlimited site license

- License ini membenarkan perisian dipasang disemua komputer dengan syarat kesemuanya berada dalam satu kawasan.

Contohnya :

- Syarikat / sekolah

Network license

- License ini membenarkan perisian dipasang pada komputer pelayan ( server ) yang membolehkan komputer pelanggan (client ) yang bersambung dengan server tersebut juga menggunakan perisian yang sama.